Laman Utama
Pengenalan
Sejarah
Galeri
Hubungi Kami
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

Sejarah Kampung Sungai Chenaam   :
                Sebahagian besar kampung ini ialah hutan api-api yang penduduknya hanya tinggal berhampiran Pekan Sungai Acheh. Pada tahun 1975, Jabatan Pengairan dan Saliran telah menebus guna tanah hutan tersebut bagi melaksanakan penempatan penduduk dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Pertanian serta pembiayaan daripada Bank Pertanian Malaysia. Permulaannya hanya 200 buah rumah didirikan serta didiami pada tahun 1983. Kemudian pada tahun 1996, keluarga Kampung Sungai Chenaam bertambah lagi dengan penempatan 100 keluarga di bawah Program PPRT.
                Asal usul nama kampung Sungai Chenaam adalah dari suara anak kecil yang mengadu kelaparan dengan berkata    “cek nak Am” (bermaksud saya hendak makan)semasa ayahnya keluar mencari lokan.Apabila kampung ini diteroka dan dibangunkan,ianya dinamakan sebagai Kampung Sungai Chenaam sehinggalah kehari ini.

Kuala Sungai Chenaam

 

Produk Kampung

 

Pelancongan (Homestay)

Hasil Laut

Khabar dari desa

30 Januari 2010. Sebanyak 25 buah rumah di kampung Sungai Chenaam telah dibaikpulih melalui peruntukan Kerajaan persekutuan dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah manakala 4 buah lagi telah dibina semula sepenuhnya dengan kos sebanyak RM33,000.00 sebuah. Sehingga Januari 2010 Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM375,000.00 untuk kesejahteraan penduduk di Sungai Chenaam di dalam program PPR ini.