Halaman UtamaPengenalanSejarahOrganisasiGaleriHubungi Kami

Anda pelawat ke 

Web Counter

Selamat berkunjung ke laman web MID Sungai Chenaam Daftar segera untuk kursus Asas Komputer 2009. Percuma! Elaun dan makan minum disediakan... Ruang kursus dan bilik mesyuarat untuk disewa kepada jabatan kerajaan dan swasta Sila berkunjung ke MID Sungai Chenaam untuk maklumat lanjut

 

 

 

 

 

 

 

Perkhidmatan

Kementerian

Akhbar Pilihan

Blogs Pilihan

Santai

Selera Kampung
Halaman Pertanian

Keratan Akhbar

Pengenalan
MEDAN INFODESA SUNGAI CHENAAM
Adun          Sungai Acheh
Bandar       Nibong Tebal
Negeri        Pulau Pinang
Email        
p_sgchenaam@ruralink.gov.my
zul@sungaichenaam.com
Website     http://www.sungaichenaam.com
 

Program Infodesa (PID) merupakan satu daripada projek Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Program ini telah mula dirancang untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMKe8). Ianya satu program untuk menjayakan Agenda IT Negara ke arah mewujudkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang tahun 2020 dan menjayakan ekonomi yang berasaskan pengetahuan.

Program Infodesa (PID) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi menjayakan Agenda IT Negara iaitu masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang 2020. Program ini adalah salah satu dari projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Luar Bandar di bawah KKLW. Program ini diharapkan dapat mengurangkan jurang digital yang wujud antara masyarakat Bandar dan Luar Bandar.

Program Infodesa (PID) merupakan satu program yang terbahagi kepada 2 program utama iaitu Medan Infodesa (MID) dan Web Infodesa. MID adalah satu entiti fizikal yang dilengkapi dengan prasarana Teknologi Maklumat dan dibina di lokasi desa. MID ini berfungsi sebagai Pusat Latihan ICT, pemangkin keusahawanan ICT setempat dan merupakan projek berdaya mapan-diri dari sudut sosial dan ekonomi.

Web Infodesa pula merupakan entiti gerbang komunikasi dan interaksi (IT portal) di kalangan masyarakat desa dan semua pihak perkhidmatan dan organisasi lain yang ada hubung kait dengan aktiviti masyarakat desa. Web Infodesa ini dikenali sebagai Portal Infodesa.

Sehingga kini terdapat 220 Medan Infodesa yang telah dibangunkan oleh KKLW

 

MISI
Dapat memberikan perkhidmatan ICT seiring dengan perkembangan teknologi dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan masyarakat dalam bidang IT

VISI
Untuk melahirkan masyarakat yang celik IT disamping dapat membudaya Teknologi ICT seiring dengan perkembangan global

----------------------------------------------------------------------------------------------------------Hakcipta terprlihara © zul@sungaichenaam.com