Laman Utama
Pengenalan
Sejarah
Galeri
Hubungi Kami
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Selamat datang ke Laman Web GDW Sungai Chenaam

Dalam era Teknologi Maklumat masa kini, GDW Sungai Chenaam sebagai sebuah kampung yang berada di luar bandar, juga tidak mahu ketinggalan berinteraksi dan seterusnya mempromosikan kampung Sungai Chenaam kepada dunia yang tanpa sempadan. Infrasruktur asas Multimedia yang disediakan oleh Kerajaan adalah hasil usaha pemimpin masyarakat pada masa itu yang bertungkus-lumus mengwujudkan Medan Infodesa sebagai pemangkin kepada kejayaan masa kini.

Menjadi kebangaan seluruh penduduk dan pemimpin tempatan kerana MID Sungai Chenaam telah berjaya mendapat anugerah Medan Infodesa Harapan 2008 walaupun di usia penubuhan yang begitu muda, MID Sungai Chenaam telah menunjukkan kecemerlangan dalam memastikan seluruh warga desa di dalam Parlimen Nibong Tebal mahir dan mendapat faedah melalui bidang ICT.

Tahniah kerana Kampung Sungai Chenaam kerana telah menjadi Johan Anugerah Desa Cemerlang peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2009. Terima kasih kepada semua kepimpinan kampung, semua organisasi yang terlibat, Jabatan Kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan yang terlibat dalam membantu kejayaan kampung pada kali ini.

Pengubahsuaian Taska Sungai Chenaam di bawah projek Permata Negara telah berjalan dengan lancar dan sudah hampir siap dibawah peruntukan Kementerian Kemejuan Luar Bandar.

 

Seorang belia kampung Sungai Chenaam mahir membuat pesawat kawalan jauh menggunakan kuasa bateri dan mendapat permintaan yang menggalakan daripada peminat hobi ini. Untuk maklumat lanjut sila klik..........

 
 
 

 

Produk Kampung

 

Pelancongan (Homestay)

Hasil Laut

Khabar dari desa

30 Januari 2010. Sebanyak 25 buah rumah di kampung Sungai Chenaam telah dibaikpulih melalui peruntukan Kerajaan persekutuan dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah manakala 4 buah lagi telah dibina semula sepenuhnya dengan kos sebanyak RM33,000.00 sebuah. Sehingga Januari 2010 Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM375,000.00 untuk kesejahteraan penduduk di Sungai Chenaam di dalam program PPR ini.